309 pegawai AADK berjaya tamat persijilan tahap 1

Oleh: Muhammad Faris bin M. Shamsuddin, Nurul’ Ariffah Binti Fakhrurrazi dan Siti Syakilah Binti Muhd Khir

SUNGAI PETANI, 24 November 2022 – Seramai 309 pegawai berjaya menamatkan latihan Persijilan Tahap 1 bagi tiga program persijilan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sepanjang Tahun 2021.

Tiga persijilan tersebut ialah Sijil Amalan Pendidikan Pencegahan (CPE), Sijil Amalan Rawatan dan Pemulihan (CPP) serta Sijil Amalan Penguatkuasaan (CEP).  

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon berkata, bagi memenuhi kriteria persijilan tahap 1, pegawai perlu melalui latihan sebanyak masing-masing empat modul bagi CPE dan CPP manakala tiga modul bagi CEP.

Kata beliau, program persijilan yang yang ditawarkan oleh PLAK AADK adalah bersifat komprehensif dan berkualiti dalam tiga bidang teras AADK bermula daripada Peringkat Asas (Tahap 1), Pertengahan (Tahap 2), Lanjutan (Tahap 3) dan Kepakaran (Tahap 4) dengan jumlah keseluruhan sebanyak 12 program persijilan.

โ€œBerpaksikan moto โ€˜Pemangkin Tradisi Kepakaranโ€™ dan tema โ€˜Di Sini Lahirnya Pegawai Agensi Bertauliahโ€™, Pusat Latihan AADK yang kini telah menjangkau usia 18 tahun dengan matlamat penubuhannya sebagai sebuah institusi latihan yang bersifat memenuhi tanggungjawab agensi berjaya melahirkan pegawai agensi yang mempunyai pentauliahan dalam tiga bidang teras utama agensi.

โ€œKejayaan itu sekali gus menyaksikan Pusat Latihan AADK kekal dengan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional AADK yang mampu memimpin masyarakat serta membangun negara.

โ€œDengan lakaran sejarah ini, Pusat Latihan AADK terus bergerak secara proaktif dan agresif untuk menuju sebuah pusat kecemerlangan yang berkualiti dan melahirkan pegawai agensi yang berpengetahuan dan kompeten dalam perkhidmatan Rawatan dan Pemulihan, Pendidikan Pencegahan dan Penguatkuasaan Antidadah,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pentauliahan Persijilan AADK 2022 di Pusat Latihan AADK, di sini pada Khamis.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Puan Chan Hong Jin, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Datoโ€™ Dr Muhamad Sade Mohammad Amin dan Pengerusi Lembaga Penasihat Pusat Latihan AADK, Dr. Sabri Zainudin @ Zainol.

Dalam pada itu, Tuan Sutekno berkata, pencapaian pegawai AADK dalam program berkenaan menjadi tanda aras penting kepada AADK bagi meyakinkan klien, keluarga dan komuniti mengenai mutu perkhidmatan yang AADK tawarkan dalam institusi dan komuniti.

Sehubungan itu, menurut beliau, telah menjadi tanggungjawab AADK untuk meyakinkan mereka menerima perkhidmatan yang AADK sediakan sama ada melalui saluran in-situ, mobile ataupun online.

โ€œCabaran kita untuk mendepani masalah penyalahgunaan dan penagihan dadah nanti semakin kompleks.

โ€œMelalui Program Persijilan ini, AADK sentiasa berusaha memberi ilmu dan kemahiran yang terbaik, terkini dan berasaskan pembuktian (evidence-based) kepada pegawai-pegawai AADK dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada klien, keluarga dan komuniti kita,โ€ jelasnya.

Accessibility Toolbar