15 NOVEMBER 2021 – Webinar Executive Talk adalah antara usaha yang dilaksanakan oleh Unit Integriti AADK dalam mendidik warga AADK membina maruah dan menjauhi rasuah di dalam organisasi dan komuniti. Hanya melalui pendidikan dan perkongsian pengetahuan, nilai integriti dapat tumbuh dan berkembang di dalam sanubari. Perkongsian maklumat dan nilai yang amat berharga ini dijalankan secara teleconference (aplikasi zoom) dan FB Live AADK pada 15 November 2021. Penceramah berpengalaman YBhg Dato’ Dr Danial bin Zainal Abidin telah dijemput bagi menghuraikan tema “Integriti Pemangkin Keluarga Malaysia” dalam kontek AADK. Penerangan integriti dari spektrum ekonomi negara, perbandingan rasuah 3 negara (Brazil, Singapura dan Malaysia) telah memberi celik akal tentang kepentingan integriti dalam membina negara bangsa yang disegani oleh dunia. Seramai lebih 500 peserta telah hadir secara bersemuka dan online ke program webinar kali ini.
#Lebih Baik Cegah #Rasuah Di Hina Maruah di Bina
Disediakan oleh:
Unit Integriti
Agensi Antidadah Kebangsaan
22/11/2021
Webinar Executive Talk AADK 2021 Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) turut bersama sama peserta -peserta Webinar Executive Talk daripada Ibu Pejabat. Webinar Executive Talk dilaksanakan secara online. Pengarah Unit Integriti (PUI) turut bersama sama peserta -peserta Webinar Executive Talk di Auditorium AADK. YBhg Dato’ Dr Danial bin Zainal Abidin sedang menjelaskan kepincangan integriti menyebabkan ancaman kepada kesejahteraan ekonomi negara Brazil. Peserta-peserta Webinar Executive Talk daripada pelbagai Pusat Tanggungjawab AADK telah mengikuti menggunakan aplikasi Zoom dan FB AADK live.