UNLOCK@PLAK inovasi baharu PLAK AADK

Oleh: Fauzi Suhaimi

SUNGAI PETANI 26 Ogos 2022 – Pusat Latihan Agensi Antidadah Kebangsaan (PLAK AADK) komited memperhebatkan usaha pembaharuan menerusi projek inovasi UNLOCK@PLAK bagi melancarkan proses pendaftaran penginapan di pusat berkenaan.

Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon mengucapkan tahniah dan berbangga dengan pencapaian oleh PLAK AADK. – Gambar AADK / Rashdan Zakaria

Projek berkenaan adalah satu sistem pendaftaran penginapan secara kendiri menerusi rangkaian yang disediakan pengurusan PLAK. Usaha itu sekali gus menerapkan sistem mesra pengguna yang tidak memerlukan mana-mana pihak yang menginap di pusat itu hadir ke kaunter untuk proses pendaftaran selain cepat, efisien dan tanpa sentuh.

Objektif pelaksanaan projek berkenaan adalah untuk menyahut dasar penjimatan negara dengan mengurangkan perbelanjaan mengurus iaitu tuntutan kerja lebih masa, penjimatan utiliti dan kos-kos tidak langsung. Selain itu, UNLOCK@PLAK juga memberi gambaran pertama untuk PLAK sebagai sebuah pusat latihan bertaraf antarabangsa sejajar dengan hasrat Ketua Pengarah AADK untuk menjadikan PLAK sebagai pusat kecemerlangan (COE).

Terdahulu, Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon mengambil peluang melihat pengoperasi UNLOCK@PLAK selain menzahirkan ucapan tahniah dan berbangga dengan pasukan tersebut kerana menjayakan membangunkan sistem secara dalaman.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Dato Dr Muhamad Sade Mohamad Amin dan Pengarah PLAK, Dr. Mohd Rafidi Jusoh.

Accessibility Toolbar