Oleh: Fauzi Suhaimi
RANTAU PANJANG, 20 Julai 2022 – Unit Antidadah Sempadan (UAS), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memainkan peranan dalam membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di sempadan negara tanah air.
Seiring dengan keperluan semasa, UAS terus diperhebat bagi membuat pemeriksaan berkala di setiap untuk memastikan tiada aktiviti penagihan dan penyalahguna dadah di sempadan negara khususnya Malaysia-Thailand.

Aktiviti pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan secara berterusan dalam usaha mengekang masalah penagihan dadah dengan melaksanakan program Omnipresence, Home Visit ke rumah Klien Dalam Komuniti dan kempen kesedaran.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Azmi Mustafa membuat tinjauan pengoperasian UAS, di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, Kelantan.

Matlamat utama program itu adalah untuk memberi kesedaran mengenai ancaman dadah, sekali gus usaha membendung permasalahan dadah yang semakin mencabar bagi menjadikan negara bebas dadah, selamat dan sejahtera khususnya di Kelantan.

