Tumpu laksana proses kerja secara klinikal, teknikal – KP AADK

Fauzi Suhaimi dan Amir Zahien Amran

MARAN, 15 Februari 2024 – Semua warga Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diingatkan untuk menumpukan kepada pelaksanaan proses kerja secara klinikal dan teknikal khususnya bagi berdepan dengan pindaan rang undang-undang baharu melibatkan Akta Penagih Dadah 1983.

Perkara itu menurut Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon, amat penting bagi memastikan pemahaman secara menyeluruh terhadap proses kerja tersebut dapat dilunaskan agar perkhidmatan AADK dapat dirasai oleh masyarakat yang terlibat.

โ€œKerja di AADK sekarang ini tidak hanya tertumpu kepada aktiviti dokumentasi, melaksanakan program, pameran atau sebagainya.

โ€œSebaliknya, proses kerja secara klinikal dan teknikal adalah menjadi asas utama khususnya bagi berdepan dengan pelaksanaan akta baharu selepas diwartakan Kerajaan kelak,โ€ katanya ketika menyampaikan amanat kepada warga kerja AADK Daerah Maran, Pahang pada Khamis.

Tuan Sutekno menambah, budaya kerja lama juga perlu diubah serta-merta bagi mengelakan penyampaian perkhidmatan AADK terjejas atau ketinggalan.

โ€œKita laksana kerja perlu ada tujuan dengan dasarnya adalah mengikut fakta yang amat jelas dan berpandungan kepada dapatan statistik yang dikumpul, profiling yang di rekod serta sebagainya.

โ€œJadi, budaya lama atau cara kerja lama perlu diubah serta-merta dan mengikut aliran model utama AADK iaitu Model i-Pulih AADK, Model i-Cegah AADK dan Model i-Prihatin AADK,โ€ jelasnya.

Terdahulu taklimat pengoperasi disampaikan oleh Ketua AADK Daerah Maran, Mohd Zafuan Aliman dan turut hadir Pengarah AADK Negeri Pahang, Zirwatul Ahlam Zamzam.

Dalam perkembangan berasingan, Tuan Sutekno turut menghadiri Sambutan Hari Ulang Tahun Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang diraikan di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah di Gebeng, Pahang.

Accessibility Toolbar