Tuan Sutekno Turun Padang Jumpa Warga AADK di PUSPEN Karak

Oleh: Husna Fadzil

KARAK, 30 September 2021 – Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon turun padang meninjau operasi Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Karak, di sini pada Khamis.

Tinjauan itu merupakan sebahagian daripada lawatan kerja Ketua Pengarah di PUSPEN berkenaan.

Dalam siri lawatan kerja itu, beliau turut meninjau tapak projek pembinaan PUSPEN Karak yang baharu, melawat fasiliti PUSPEN sedia ada bertemu klien dan melihat modul-modul sampingan disediakan kepada klien.

Dalam masa sama, beliau juga diberi taklimat berkenaan pelaksanaan program rawatan dan pemulihan oleh Pengarah PUSPEN Karak, Tuan Supindi Usop @ Yusop.

Sementara itu, selesai sesi lawatan kerja di PUSPEN Karak, Tuan Sutekno juga mengadakan lawatan di Pejabat AADK Daerah Bentong.

Dalam sesi lawatan itu, Tuan Sutekno meluangkan masa kira-kira sejam bertemu dan beramah mesra bersama pegawai dan kakitangan AADK Bentong.

Accessibility Toolbar