Oleh: Fauzi Suhaimi
KAJANG, 21 November 2023 – Pengurusan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tidak akan berkompromi atas sebarang salah laku melibatkan integriti dan tata kelola.
Tegas Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon, AADK akan sentiasa memberikan kerjasama kepada agensi penguatkuasa agar semua pesalah sekiranya didapati benar, diambil tindakan sewajarnya.
Sejak akhir-akhir ini, pihak AADK sering menerima laporan daripada agensi penguatkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP mengenai salah laku pegawai.
Saya ingin tegaskan di sini bahawa pihak Pengurusan AADK tidak akan berkompromi atas sebarang salah laku. Inilah pendirian kita sejak dulu hingga kini. Kita tidak mahu โkerana nila setitik rosak susu sebelangaโ,โ katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Integriti Peringkat AADK di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut, Tuan Sutekno berkata, sambutan hari berkenaan adalah manifestasi usaha dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam membudayakan integriti dan tata kelola di semua sektor awam termasuk korporat.
Menurut beliau, pemilihan tema โIntegriti Citra Malaysia Madaniโ ini adalah sejajar dengan gagasan Malaysia Madani yang memperihalkan kerangka ikhtiar bagi mengembalikan martabat Negara melalui teras pembangunan nilai etika dan akhlak masyarakat.
โDalam pembentangan Kajian Separuh Pengggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12), YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, PerdanaMenteri Malaysia telah menyatakan komitmen bahawa Kerajaan akan memperkenalkan Pelan Integriti baharu dan Akta Tata Kelola Sektor Awam.
โni menunjukkan Kerajaan komited dalam memastikan integriti menjadi budaya masyarakat Malaysia.โ
Tambahnya, gerakan pengukuhan dan pemantapan integriti dan tata kelola dalam organisasi perlulah dilaksanakan secara berterusan.
โPenglibatan dan kerjasama daripada semua pihak, penting bagi memastikan ekosistem integriti terus berkembang,โ ujarnya.