Soalan Lazim: Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Cure and Care (PUSPEN Sukarela)

1.  Apakah itu Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Cure and Care (PUSPEN Sukarela)?

Satu fasiliti terbuka yang menawarkan program rawatan dan pemulihan terhadap permasalahan dadah yang dijalankan secara open access service dan bersifat sukarela. Tiada sebarang pra-syarat yang dikenakan terhadap klien.

2.  Siapakah yang layak mendapatkan perkhidmatan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Cure and Care (PUSPEN Sukarela)?

  • Penagih dadah.
  • Pengguna dadah.
  • Penyalahguna dadah.
  • Co dependance (ahli keluarga yg terlibat dengan masalah dadah).

3.  Adakah terdapat sebarang bayaran yang dikenakan untuk mendapatkan perkhidmatan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Cure and Care (PUSPEN Sukarela)?

Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan.

4.  Apakah peranan PRS?

  • Mendengar, membantu dan memberi penjelasan tentang perkara yang ingin klien sampaikan tetapi tidak bercakap bagi pihak klien atau memberikan jawapan kepada mereka.
  • Mengawal perbincangan terutama dalam sesi perkongsian pengalaman supaya ia tidak menjadi โ€˜triggerโ€ kepada penagihan semula.
  • Menggalakkan ahli kelompok menerima dan menyokong antara satu sama lain.
  • Memastikan kelompok tidak dikuasai individu tertentu terutama dalam perbincangan.
  • Mengelak daripada bertanyakan soalan โ€œkenapaโ€ kepada ahli kelompok seperti mempersoalkan tindakan atau motivasi mereka.
  • Mengelak daripada membuat generalisasi.

Accessibility Toolbar