MBS, AADK anjur Program Jerayawara Sabah Maju Jaya

Oleh: Rashdan Zakaria

KOTA KINABALU, 3 April 2023 – Majlis Belia Sabah (MBS) komited untuk menjalinkan kerjasama tunggal bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk menggerakkan beberapa program termasuk jerayawara di beberapa lokasi utama di Sabah.

Presiden MBS, Abqaree Fawwaz Abekan berkata, program tersebut akan digerakkan dengan mengetengahkan mesej Sabah Maju Jaya dalam teras modal insan dan kesejahteraan rakyat khususnya di negeri bawah bayu ini.

Perkara itu bagaimanapun menurut beliau, masih diperingkat perbincangan antara MBS dan AADK termasuk pengisian program yang memberi impak langsung buat rakyat Sabah khususnya golongan belia.

โ€œMBS dalam perancangan untuk mengadakan program jerayawara Sabah Maju Jaya di beberapa lokasi tertentu di sekitar negeri ini.

โ€œSehubungan itu, MBS mahu mengajak AADK untuk turut serta bagi menjayakan program-program berkenaan dengan membawa mesej Sabah Maju Jaya menerusi teras modal insan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini,โ€ katanya ketika ditemui di sini, pada Isnin.

Terdahulu satu sesi perbincangan ringkas diadakan antara AADK dan MBS yang dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Datoโ€™ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin dan Abqaree Fawwaz.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainuddin Abdullah dan Pengarah AADK Negeri Sabah, Nani Sikin.

Accessibility Toolbar