Maal Hijrah: Hijrah pemangkin kepulihan

Oleh: Rashdan Zakaria

KAJANG, 23 Ogos 2022 – Hijrah Pemangkin Kepulihan menjadi tajuk pilihan pada Ceramah Maal Hijrah 1444H anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Auditorium Ibu Pejabat AADK di sini baru-baru ini.

Signifikasi Pemangkin Kepulihan itu adalah untuk meniupkan semangat saling membantu antara satu sama lain.

Dalam erti kata lain berbekalkan azam tersebut secara tidak langsung mendorong Keluarga Malaysia berbuat kebaikan antaranya menyokong dan menolong kumpulan klien kembali ke jalan yang benar.

Tambahan pula, dalam konteks hari ini hijrah itu usaha mengubah diri menjadi individu lebih baik dan memberi manfaat kepada orang lain.

Itu antara inti pati disampaikan oleh Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Yang Berbahagia Sahibus Samahah, Dato’ Dr Anhar Opir.

Hadir menjayakan ceramah tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato’ Dr. Muhamad Sade Mohamad Amin dan Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan AADK, Siti Mariam Mursidan.

Accessibility Toolbar