Lawatan kerja Ketua Pengarah ke AADK Melaka

Oleh Fauzi Suhaimi

MELAKA, 16 Mac 2022 – Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, Tuan Sutekno Ahmad Belon turun padang melakukan lawatan kerja ke AADK Melaka pada Rabu.

Lawatan kerja itu bagi melihat pengoperasian, meninjau fasiliti pejabat AADK negeri dan daerah selain beramah-mesra dengan warga agensi di negeri ini.

Ketika sesi lawatan kerja KP itu, sesi taklimat gerak kerja disampaikan oleh Pengarah AADK negeri, Wan Madihi Wan Salleh dan Ketua Pegawai Daerah AADK Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah.

Tuan Sutekno (kanan) menyertai sesi perbincangan ketika mengadakan turun padang ke AADK Melaka baru-baru ini. – Gambar AADK / Muhammad Rashdan Mohd Zakaria

Amanat Ketua Pengarah juga disampaikan oleh beliau di semua pejabat antara lain menyentuh berkenaan pengemaskinian profil orang yang disyaki (OYDS) bagi memudahkan tindakan pencegahan, rawatan dan permulihan serta penguatkuasaan.

Dikesempatan itu juga, Tuan Ketua Pengarah turut meluangkan masa berkenalan dengan Klien Dalam Komuniti di AADK Daerah Melaka Tengah serta menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian kepada mereka yang memerlukan.

Accessibility Toolbar