Putrajaya, 12 Julai 2019 – Ketua Pengarah AADK bersama rombongan mengadakan kujungan hormat kepada Ketua Pengarah JAKIM. Kunjungan hormat yang dilakukan adalah untuk mempekukuhkan hubungan antara dua jabatan yang selama ini telah terjalin.
Pada kunjungan hormat kali ini beberapa perkara telah dibincangkan, antaranya adalah memperkukuhkan komponen rawatan dan pemulihan dalam konteks spiritual. Ini kerana elimen spiritual atau keagaman sangat penting dalam memastikan proses rawatan dan pemulihan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Selain daripada itu, dalam memastikan kepulihan klien di dalam komuniti beberapa perkara telah dibincangkan antaranya program-program agama yang dilaksanakan disetiap negeri atau daerah perlu memberi penekanan terhadap maslah sosial dan dadah yang kini menjadi isu yang semakin membimbangkan. Kemuncak perbincagan ini adalah untuk memastikan semua masyarakat Malaysia bebas daripada masalah dadah dan sosial tidak kira agama dan bangsa.