Oleh: Ahmad Hakim Baihaqi Suhaimi
PUTRAJAYA, 21 November 2023 – Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon pada Selasa menerima kunjungan muhibah daripada Biro Kawalan Narkotik Brunei (BKN).
Delegasi BKN Brunei diketuai oleh Pengarahnya, Dato Paduka Mohd Zalani Ismail bersama empat pegawai dan pertemuan santai itu diadakan di sekitar Putrajaya.
Dalam pertemuan itu, perbincangan santai mengenai usaha melipat gandakan kerjasama antara dua pihak diadakan khususnya dalam aspek pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan yang lebih efisien.
Selain itu, kunjungan muhibah ini dapat memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama yang telah lama terjalin antara AADK dan BKN dalam semua aspek.