KP AADK adakan lawatan kerja ke PUSPEN Sungai Ruan

Oleh: Rashdan Zakaria

RAUB, 11 Jun 2023 – Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sungai Ruan, di Raub, Pahang.

Sesi tinjauan PUSPEN Sungai Ruan bersama Ketua Pengarah

Lawatan kerja itu bertujuan melihat pengoperasikan dan gerak kerja PUSPEN berdasarkan kepada tiga model teras AADK iaitu Model i-Pulih AADK, Model i-Cegah AADK dan Model i-Prihatin AADK.

Selain itu, lawatan kerja berkenaan menjadi rutin Ketua Pengarah untuk bertemu dan menyantuni warga kerja PUSPEN Sungai Ruan dan klien yang ada di pusat pemulihan berkenaan.

Tuan Sutekno sesi sembang santai bersama klien. Gambar AADK / Rashdan Zakaria

Terdahulu Tuan Sutekno melakukan lawatan disekitar fasiliti PUSPEN itu dan turut mengadakan sesi sembang santai bersama klien sebagai usaha memotivasikan mereka agar tidak kembali menagih bahan terlarang berkenaan.

Pengarah PUSPEN Sungai Ruan, Maizura Zakaria turut mengiringi Ketua Pengarah dan Pengarah Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan, Siti Mariam Mursidan ketika sesi tinjauan ke fasiliti pusat berkenaan.

Accessibility Toolbar