KBT Tanjung Batu mampu dihijaukan hujung tahun ini

Oleh: Unit Media dan Komunikasi Korporat

TAWAU, 26 Ogos 2023 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sabah proaktif dan yakin Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) di Tanjung Batu, di sini mampu dihijaukan menjelang hujung tahun ini.

Pengarah AADK Sabah, Nani Sikin berkata, ini kerana, kerjasama yang dipamerkan daripada semua pihak khususnya pihak berkuasa dan penggerak komuniti berada pada tahap tinggi.

Katanya, semua pihak memainkan peranan masing-masing baik diperingkat hiliran (downstream) dan huluran (upstream) baik daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), AADK dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Daerah Tawau.

โ€œSaya melihat kerjasama daripada semua pihak sangat tinggi baik daripada pihak berkuasa, badan bukan kerajaaan, pemimpin masyarakat dan ketua-ketua keluarga dalam memastikan kawasan ini dapat dihijaukan pada tahun ini.

โ€œSelain itu, saya melihat peranan yang dimainkan semua pihak berada pada landasan yang tepat dan mereka masing-masing mengambil tanggungjawab bersama,โ€ katanya ketika menjadi panel Program Sembang Santai bersama Penggerak Komuniti Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Tanjung Batu, di sini pada Sabtu.

Turut hadir sebagai panel ialah Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Tawau, Asisten Superintendan Mohd Nor Azaad Raman dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat N71 Tanjung Batu, Saharuddin Salleh.

Dalam pada itu, Nani berkata, semua pihak perlu mengambil langkah โ€˜menjaga tepi kain orangโ€™ dalam aspek pencegahan penagihan dadah.

โ€œDulu kita ditegur supaya tidak mengambil tahu hal orang, tapi dalam aspek keselamatan dan kesejahteraan sejagat, saya harap semua pihak mengambil tanggungjawab bersama terutamanya menyalurkan maklumat penagihan dadah yang berlaku dalam komuniti masing-masing kepada pihak berkuasa khususnya AADK.

โ€œDengan cara ini, AADK boleh membantu untuk mencegah dan merawat pulih jika mereka sudah terlibat dengan penagihan dadah.

โ€œSekiranya penyaluran maklumat itu tidak boleh dilakukan di mana-mana pejabat AADK daerah terdekat, boleh juga salurkan menerusi Talian Hotline Helo AADK bernombor 1-800-22-AADK (2235) atau Whatsapp 019-6262233,โ€ jelasnya.

Accessibility Toolbar