Field Trip gerak komuniti wujud ruang selamat

Oleh: Fauzi Suhaimi dan Shadan Mat Zin

SUBANG JAYA, 27 November 2023 – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) terus memperhebat usaha memastikan kawasan berisiko tinggi (KBT) menjadi status kawasan berisiko rendah (KBR) dengan menggerakkan program Field Trip secara kolaboratif bersama agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok berkata, usaha itu bagi memastikan sesuatu kawasan yang tersenarai dalam KBT dapat menjadi status KBR dengan pengurangan isu penyalahgunaan dadah dan pelencongan sosial di sesuatu kawasan.

Sehubungan itu katanya, bagi merealisasikan usaha tersebut, AADK dengan kerjasama dengan Pegawai Daerah untuk sama-sama mengambil tanggungjawab selain menjadi penggerak utama inisiatif program pengurangan kawasan berisko tinggi penagihan dadah yang melibatkan kolaboratif antara jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan.

โ€œSebagai rekod, kawasan PPR adalah antara model bagi Focal Area yang disasarkan dalam 115 KBT yang dikesan di seluruh negara dan perlu dihijaukan bagi tempoh 2021 sehingga 2025.

โ€œMenerusi usaha yang berterusan ini, 39 KBT berjaya ditukar status kepada KBR sehingga 2022. Justeru itu, pada tahun 2024, AADK menyasarkan 38 KBT lagi ditukar kepada status KBR,โ€ katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir dalam program Field Trip Ruang Selamat Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Damansara di Y-Hub Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, Selangor, di sini pada Isnin.

Turut hadir Pengarah Bahagian Pencegahan AADK, Zainudin Abdullah dan 34 Pegawai Daerah yang tersenarai dalam KBT di seluruh negara.

Accessibility Toolbar