Program Persijilan AADK (PPA)

Pusat Latihan AADK telah menyediakan latihan persijilan merangkumi kepada 3 bidang teras utama AADK iaitu Bidang Pencegahan, Bidang Rawatan & Pemulihan dan Bidang Penguatkuasaan & Keselamatan. Latihan persijilan yang ditawarkan ialah Certified Prevention Education (CPE) atau Sijil Amalan Pendidikan Pencegahan bagi meningkatkan kepakaran pegawai dalam bidang pencegahan, Certified Psychoeducation Practitioner (CPP) atau Sijil Amalan Rawatan & Pemulihan bagi meningkatkan kepakaran pegawai dalam bidang rawatan dan pemulihan dan Certified Enforcement Practitioner (CEP) atau Sijil Amalan Penguatkuasaan bagi meningkatkan kepakaran pegawai dalam bidang penguatkuasaan.

Latihan persijilan ini melibatkan Pegawai Agensi, Pegawai Gunasama Dan Pegawai Kader. Pegawai Agensi merangkumi kepada Pegawai Antidadah, Penolong Pegawai Antidadah dan Pembantu Antidadah meliputi semua gred perkhidmatan iaitu daripada gred S19 hingga S52. Manakala bagi Pegawai Gunasama pula merangkumi pegawai perkhidmatan pengurusan, pentadbiran dan sokongan meliputi Pegawai Tadbir & Diplomatik, Teknologi Maklumat, Perkeranian, Kesetiausahaan, Pemandu dan sebagainya. Pegawai kader pula merupakan pegawai yang dipinjamkan daripada pelbagai Kementerian/Agensi untuk pengisian fungsi di AADK seperti Pegawai Hal Ehwal Islam (PHEI), Pengawal Keselamatan, Polis dan Pegawai/Pembantu Perubatan.

Pelaksanaan Program Persijilan ini adalah meliputi seramai 5,974 Pegawai AADK iaitu 3,885 orang (PAD, PPAD dan PbAD) , 1,570 orang (Pegawai Kader) dan 831 orang (Pegawai Gunasama) bagi tempoh 5 tahun mengikut bidang teras perkhidmatan dan sokongan (asas) masing-maisng. Persijilan ini bermula pada bulan Jun 2021 hingga Jun 2025 melibatkan peserta seramai 60 orang bagi satu-satu cohort.

Program persijilan AADK ini mengandungi 4 tahap iaitu tahap1 hingga tahap 4. Setiap peserta yang mengikuti kursus ini akan diberikan penilaian kursus iaitu LULUS atau GAGAL. Hanya peserta yang lulus untuk tahap 1 akan ditawarkan latihan bagi tahap yang seterusnya. Manakala, bagi peserta yang gagal pula, mereka akan diberikan peluang untuk mengambil semula peperiksaan yang berkaitan . Markah lulus bagi setiap tahap untuk Program Persijilan AADK ialah 80%.

Program persijilan AADK ini ditawarkan kepada semua Pegawai Agensi, Pegawai Kader dan Pegawai Gunasama untuk tahap 1 hingga 3 manakala untuk tahap 4 hanya ditawarkan kepada Pegawai Agensi yang berkelayakkan dan memenuhi syarat-syarat tertentu sahaja.

Pelaksanaan Program Persijilan AADK fasa pertama bermula pada bulan Jun 2021 iaitu sebanyak 64 siri latihan melibatkan seramai 1,020 orang peserta.

Accessibility Toolbar