Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan

Pemulihan penagihan dadah memerlukan usaha sepanjang hayat kerana penagihan dadah adalah satu penyakit kronik yang mudah berulang (chronic relapsing disease) dan berpanjangan. Ini bermakna, penagihan dadah ini akan kekal dengan individu yang menyalahgunakannya pada masa yang panjang, di mana terdapat individu yang bergantung dengan dadah untuk hidup. Namun, individu yang terlibat dalam penagihan dadah ini boleh dipulihkan dan mampu berhenti menggunakan dadah.

Penagihan dadah menyebabkan individu sukar untuk berfungsi dalam kehidupan sehariannya. Ia memberi kesan kepada bagaimana individu tersebut bertindak dengan keluarganya, di tempat kerja dan dalam masyarakat. Ia adalah sesuatu yang sukar dan mencabar bagi mengubah banyak perkara pada satu-satu masa dan tidak kembali kepada tabiat yang lama.

Menyedari cabaran tersebut, AADK melalui Bahagian Rawatan Perubatan dan Pemulihan (BRPP) telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan pelbagai pendekatan dalam program rawatan dan pemulihan dadah seiring dengan dasar AADK dengan menyediakan rawatan dan pemulihan yang holistik, menerima penagih dadah sebagai pesakit dan mengembalikan penagih dadah sebagai individu yang berfungsi untuk diri, keluarga dan masyarakat.

AADK menyediakan rawatan dan pemulihan yang komprehensif melalui pendekatan pemulihan dalam institusi dan pemulihan dalam komuniti. Penekanan telah diberikan kepada pelaksanaan program psikososial, rawatan perubatan dan latihan kemahiran dan kerjaya serta meluaskan pendekatan kerohanian dan keagamaan.

AADK sentiasa berusaha meningkatkan keberkesanan rawatan dan pemulihan yang meliputi keperluan fizikal, mental, sosial dan spiritual supaya individu yang terperangkap dalam penagihan dadah ini  boleh mendapatkan semula kehidupan mereka kembali dan hidup bebas dadah.  Peluasan perkhidmatan AADK telah dilakukan dalam usaha untuk menyediakan rawatan dan pemulihan selama mereka memerlukannya.

Visi

Mengembalikan Penagih Dadah Sebagai Individu Yang Berfungsi

Misi

Memberi Khidmat Rawatan Dan Pemulihan Secara Menyeluruh dan Bersepadu

Fungsi

  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan program pemulihan dalam institusi dan komuniti.
  • Memantau dan menilai keberkesanan pelaksanaan program pemulihan dalam institusi dan komuniti.
  • Melaksanakan penambahbaikan ke atas program dan aktiviti pemulihan yang dilaksanakan untuk memastikan pencapaian objektif yang ditetapkan oleh dasar agensi.

Objektif

  • Merawat dan memulihkan individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
  • Mengekalkan kepulihan individu.
  • Membantu seseorang individu kembali kepada gaya hidup sihat tanpa dadah.
  • Memperbaiki status kesihatan dan mengurangkan risiko kesihatan akibat tingkahlaku penagihan.
  • Memperbaiki status sosial dan integrasi individu untuk berfungsi secara produktif dalam keluarga, tempat kerja dan masyarakat.

Strategi

  • Memberi khidmat rawatan dan pemulihan dalam institusi dan komuniti.
  • Menerima penagih sebagai pesakit.
  • Mewujudkan jaringan kerjasama dengan rakan strategik dan rakan pintar.

Konsep dan Prinsip Rawatan dan Pemulihan

Hubungi Kami

Untuk Makluman Lanjut, sila hubungiย Bahagian Rawatan ,Perubatan dan Pemulihan

Accessibility Toolbar