ABMS panduan integriti AADK

Oleh: Nabil Aziz

CAMERON HIGHLANDS, 14 Mei 2023 – Unit Integriti, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengambil langkah proaktif dalam memperkasa warga kerjanya melalui Program Pemantapan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS).

Objektif ABMS antaranya adalah bertujuan menggariskan keperluan asas sistem pengurusan antirasuah agensi dengan cara yang sistematik dalam mengurus, mengawal dan membangunkan perancangan, metode dan tindakan ke arah keperluan mencegah (prevent), mengesan (detect), mengawal (control) dan bertindak (action) ke atas sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa atau penyelewengan.

Ahli Kakitangan AADK bekerjasama dalam Program Pemantapan MS ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management Systems (ABMS).

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 Mei 2023 di Agro Technology Park MARDI, Cameron Highlands, Pahang melibatkan seramai 40 orang pegawai dan kakitangan.

Turut hadir pada program adalah Pengarah Unit Integriti AADK, Zulfikri Ab Manaf.

Accessibility Toolbar