‘Berkhidmat Untuk Negara’ asas perkhidmatan kerajaan

Oleh: Nabil Ahmad

KAJANG, 6 Mac 2023 – Warga kerja Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diingatkan agar melaksanakan tugas dengan tekun dan teliti agar perkhidmatan yang disampaikan tidak tersasar dari matlamatnya.

Perkara itu telah disampaikan oleh Ketua Pengarah AADK, Tuan Sutekno Ahmad Belon dalam amanat   perhimpunan bulanan di Auditorium Ibu Pejabat AADK, pada Isnin.

Tuan Sutekno turut menekankan kepentingan berpegang pada slogan “Berkhidmat Untuk Negara” agar perkhidmatan yang disampaikan akan lebih produktif dan efektif.

Pada majlis sama, turut diadakan serahan watikah pelantikan jawatankuasa Anti-Bribery Management Systems (ABMS) dan sijil penghargaan kepada 32 orang kakitangan terlibat.

Turut hadir pada perhimpunan kali ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Chan Hong Jin dan Pengarah Unit Integriti AADK, Zulfikri Abd Manaf.

Accessibility Toolbar