78 NGO sertai sesi Town Hall bersama KP AADK

Oleh: Nabila Rashid

KAJANG, 5 Disember 2023 – Sebanyak 55 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terdiri daripada lebih 200 orang hadir dalam sesi Town Hall bersama Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Tuan Sutekno Ahmad Belon yang diadakan di Auditorium Ibu Pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan, pada Selasa.

NGO yang menyertai sesi berkenaan ada NGO yang aktif dengan aktiviti perkhidmatan pencegahan, rawatan dan pemulihan dadah di seluruh negara.

Sesi itu diadakan bagi memperkukuhkan kerjasama antara AADK dengan NGO untuk memastikan strategi dan hala tuju AADK dalam usaha merawat pulih, mencegah dan menguatkuasa undang-undang penagihan dadah dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Sesi itu merangkumi sesi perbincangan awam bersama AADK, perkongsian pendapat, pendedahan maklumat mengenai bahaya dadah, strategi pencegahan dan rawat pulih selain usaha menangani isu penyalahgunaan dadah dalam negara.

Sesi itu juga dijadikan platform perkongsian pengalaman dan cabaran dalam pelaksanaan inisatif menjalankan aktiviti pencegahan dadah, merawat pulih serta inisiatif bantuan sokongan kepada individu yang terjejas akibat penyalahgunaan dadah diperingkat komuniti.

Antara NGO yang menyertai sesi itu termasuk Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF); Drug Free Malaysia; Pertubuhan Skuad Khidmat Bakti (PASKAM); Majlis Penyalahgunaan Bahan Malaysia (MASAC); Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) dan Pertubuhan Kumpulan Sokong Bantu Malaysia (KBSM).

Dalam sesi Town Hall tersebut, Tuan Sutekno mengajak semua NGO untuk berkongsi idea, pandangan, pengalaman dan cabaran dalam pelaksanaan inisiatif menjalankan aktiviti pencegahan dan rawatan dadah serta sokongan NGO kepada individu yang terjejas akibat penyalahgunaan dadah.

โ€œMalaysia hari ini mendepani cabaran baharu yang merisaukan di mana rakyat sudah pun menormalisasikan isu dadah ini dan menganggap isu ini sebagai sesuatu yang biasa.

โ€œOleh itu, kita kumpulkan pelbagai NGO dari pelbagai pelusuk negara untuk mengadakan sesi dialog dan perbincangan dalam mencari titik persamaan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

โ€œProgram ini kita adakan sebagai sebuah interaksi secara terus yang boleh AADK rekodkan, perhalusi, seterusnya diambil tindakan susulan,โ€ katanya ketika sesi Town Hall bersama NGO Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan Dadah di sini, pada Selasa.

Sesi berkenaan dibahagi kepada dua sesi iaitu sesi dialog KP AADK bersama NGO Pencegahan pada sebelah pagi manakala NGO Rawatan dan Pemulihan pula pada sebelah petang dan taklimat daripada wakil AADK, wakil Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (ROS) dan wakil NGO turut diadakan bagi kedua-dua sesi tersebut.

Dalam pada itu, Tuan Sutekno menambah, AADK menzahirkan kesediaan kesediaan dan keterbukaan untuk sama-sama berganding bahu dalam usaha menggerakkan tiga terus utama fungsi AADK.

โ€œSaya ucapkan terima kasih pada semua pandangan, dan kita akan catatkan dan perhalusi.

โ€œYang mana kita boleh laksanakan segera kita akan laksanakan, atau pun kita akan kembali padanya pada sesi akan datang,โ€ ujarnya.

Accessibility Toolbar