12TH Asean Drug Monitoring Network Meeting (12TH ADMN)

Malaysia telah menyertai mesyuarat 12th ASEAN Drug Monitoring Network (ADMN) anjuran Office of the Narcotics Control Board (ONCB) Thailand pada 20 hingga 21 April 2022 secara atas talian. Delegasi Malaysia diketuai oleh Puan Hafidah binti Mohd @ Maasom, Ketua Penolong Pengarah (Penyelidikan) AADK bersama 3 orang pegawai yang terdiri daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, PDRM dan AADK.

Mesyuarat yang diadakan sebanyak dua kali setahun ini melibatkan sepuluh buah negara anggota ASEAN. Melalui mesyuarat ini, negara anggota ASEAN dapat berkongsi maklumat penawaran dan permintaan dadah dengan mengemaskini data statistik melalui ADMN Report System bagi memantau trend penyalahgunaan dadah di peringkat ASEAN secara berkala. Selain itu, mesyuarat ini juga dapat memantau trend penawaran dan permintaan dadah di peringkat ASEAN serta meningkatkan hubungan kerjasama rangkaian agensi penguatkuasaan dadah peringkat antarabangsa.

Accessibility Toolbar