Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN S)

Pengenalan

Klinik Cure & Care menyediakan perkhidmatan pemulihan dan rawatan penagihan dadah  secara sukarela melalui seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah  (Rawatan & Pemulihan) 1983. Perkhidmatan ini  lebih terbuka kepada semua golongan sasar samada pengguna, penyalahguna dan penagih dadah.  Minima tempoh rawatan bagi klien di Klinik Cure and Care adalah 6 bulan dan maksima adalah selama 24 bulan ( 2 Tahun). Perkhidmatan ini telah memberi peluang kepada individu yang bekerja (awam / swasta), masih bersekolah , pelajar kolej/ Universiti untuk mendapatkan rawatan awal  apabila terlibat dengan masalah penagihan dadah.

Elemen

  • Perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik Cure & Care adalah terbuka kepada sesiapa yang mempunyai permasalahan dadah. Perkhidmatan di tawarkan kepada klien secara inpatient atau pesakit luar yang merangkum detoksifikasi menggunakan ubat-ubatan, kaunseling dan bimbingan, agama dan spiritual, pendidikan pencegahan relapse, life skiils, rawatan terapi gentian menggunakan metadhone, kelompok sokong bantu, rujukan dan advokasi.
  • Menawarkan perkhidmatan kepada klien yang hadir secara sukarela, termasuklah keluarga klien atau sesiapa sahaja yang signifikan dengan klien untuk mendapatkan perkhidmatan di Klinik Cure and Care.
  • Klien yang hadir untuk menjalani program rawatan dan pemulihan dadah tidak terikat dengan implikasi undang-undang. Klien akan dibuat ujian dan penilaian terhadap penggunaan dadah sebelum kemasukan dan tiada tindakan undang-undang dikenakan kepada klien.

Konsep

Penagih Sebagai Pesakit

  • Menganggap Penagih Dadah sebagai pesakit

Open Access Service

  • Memberi perkhidmatan secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai permasalahan dadah.

Tiada Prasyarat

Skop Perkhidmatan

Inpatient

  • Berdasarkan kepada keperluan klien danujian saringan serta penilaian.

Outpatient

  • Rawatan mengikut keperluan klien
  • Berdasarkan temujanji`

Rawatan Klinikal

  • Detoksifikasi
  • Rawatan Perubatan

Terapi Gantian Metadon

  • Bagi Penagih Dadah Opiat

Rujukan dan Advokasi

  • Keluarga, Majikan, Orang Awam dan Klien ( Hospital, Jabatan, Kebajikan Masyarakat, Pejabat Agama dan sebagainya).

Program Tambahan

  • TransCC
  • Hipnoterapi
  • Art Therapy

Prinsip dan Kaedah Kemasukan

Prinsip kemasukan klien ke Klinik Cure & Care adalah :

  • Sukarela
  • Tiada Pra-syarat

Kaedah kemasukan klien :

  • Datang sendiri secara sukarela
  • Rujukan oleh pihak ketiga – keluarga , pasangan , rakan , majikan dll
  • Temuseru oleh Pegawai AADK atau Badan Bukan Kerajaan (NGO)

Program

Psikososial

  • Kepulihan Awalan (Early Recovery)
  • Pencegahan Penagihan Semula (Relapse Prevention)
  • Sokongan Sosial
  • Program Keagamaan dan Kerohania
  • Bimbingan dan Kaunseling (Individu / Kelompok / Keluarga)
  • Sukan dan Riadah
  • Kawad dan Disiplin

Rawatan Kesihatan dan Perubatan

  • Medical Assisted Therapy (MAT)
  • Rawatan Psikiatri
  • Rawatan HIV/HEP/TB/STI
  • Saringan Penyakit Berjangkit
  • Rawatan Pencegahan TB
  • Pendidikan Kesihatan

Latihan Kemahiran & Vokasional

  • Latihan Kemahiran Vokasional Jangka Panjang
  • Latihan Kemahiran Vokasional Jangka Pendek
  • Perniagaan dan Keusahawanan
  • Penempatan Kerja

Accessibility Toolbar