Mesyuarat Agung (Bukan Pemilihan) Kelab AADK 2024

Oleh: Muhammad Amir Zahien Amran

KAJANG, 7 Mac 2024 – Kelab Kebajikan dan Sukan Agensi Antidadah Kebangsaan (KELAB AADK) telah mengadakan mesyuarat Agung (Bukan Pemilihan) bagi sesi 2023/2024 di ibu pejabat AADK pada Khamis.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK, Puan Shobah Jamil yang juga Penaung 1 KELAB hadir merasmikan mesyuarat turut menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta ekspedisi pendakian Gunung Setong.

Mesyuarat dipimpin oleh Yang Dipertua KELAB AADK, Muhamad Ramlan Syed Ahamed membentangkan aktiviti yang telah dilaksanakan serta perancangan program dan aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2024.

Antara aktiviti yang dirancang termasuk lawatan sambil belajar ke Petrosains KLCC, program hari keluarga, kem motivasi serta pertandingan bola sepak dan bola jaring Piala Ketua Pengarah AADK. Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Tuan Khairul Anwar Bachok dan pengarah-pengarah bahagian AADK.

Accessibility Toolbar