Mesyuarat Berkala Kelab AADK Bilangan 3 Tahun 2024

Mesyuarat Berkala Kelab AADK Bilangan 3 Tahun 2024

Oleh: Muhammad Amir Zahien Amran

KAJANG, 20 Mac 2024 – Kelab Kebajikan dan Sukan Agensi Antidadah Kebangsaan (KELAB AADK) telah mengadakan mesyuarat Berkala bagi sesi 2023/ 2024 secara telesidang pada Rabu.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Dipertua KELAB AADK, Muhamad Ramlan Syed Ahamed itu membincangkan beberapa aktiviti sempena bulan Ramadan dan juga Hari Raya Aidilfitri. Antara aktiviti yang dirancang ialah Program Penghayatan Nilai-nilai Murni Ramadan, aktiviti membakar lemang dan beberapa kerjasama dengan AADK.

Accessibility Toolbar