Majlis Perasmian Dan Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan Dan Sukan AADK 2021

2 APRIL 2021 – Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Kelab Kebajikan 2021 telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Sutekno Ahmad Belon, Ketua Pengarah AADK. Beliau menekankan semangat berpasukan, gotong royong, ringan tulang dan semangat menyumbang tanpa berkira kepada setiap Ahli Kelab.  Selain itu, beberapa aktiviti seperti tayangan montaj KELAB AADK 2019-2021, pelancaran logo KELAB AADK yang baru dan penyampaian sijil penghargaan kepada Jawatankuasa KELAB AADK sesi 2019-2021.  Seramai 130 Ahli KELAB AADK telah hadir bagi memilih Jawatankuasa Kelab Sesi 2021-2023. Sebanyak 22 posisi dalam jawatankuasa telah dipertandingkan dan Encik Mohd Azlan bin Ahmad telah dilantik sebagai Yang Dipertua KELAB AADK Sesi 2021-2023 bagi menggantikan Encik Zainudin bin Abdullah.

Accessibility Toolbar