15 November 2021 – Sambutan Hari Integriti Nasional Peringkat AADK 2021 bertemakan “Integriti Pemangkin Keluarga Malaysia” telah diadakan di Auditorium, Ibu Pejabat AADK. Program yang dirasmikan oleh YBrs Tuan Sutekno Ahmad Belon, Ketua Pengarah AADK turut diserikan dengan nyanyian lagu Negaraku, nyanyian lagu Ikrar AADK, bacaan doa, bacaan Ikrar Integriti Penjawat Awam, tayangan montaj dan Majlis Penyampaian Anugerah Ikon Integriti 2021. Seramai 3 orang penerima Anugerah telah dipilih mengikut Kategori. Kategori Pengurusan dan Profesional telah di anugerahkan kepada Dr Nazira binti Sadiron dari Cawangan Pemulihan Dalam Komuniti, Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan Ibu Pejabat. Kategori Kumpulan Pelaksana dianugerahkan kepada Puan Zaleha binti Harun, Ketua Pegawai, AADK Daerah Mersing dan PBMohammad Raitullah bin Daroji, Pengawal Keselamatan (KP11) dari PUSPEN Gambang, Pahang. Penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah AADK dengan disaksikan oleh lebih 500 peserta secara bersemuka dan maya.
#Lebih Baik Cegah #Rasuah Dihina, Maruah Dibina
Disediakan oleh:
Unit Integriti
Agensi Antidadah Kebangsaan
22/11/2021














