BICARA AADK: STIGMA : ANAK KLIEN PUN BOLEH BERJAYA

Segelintir masyarakat mudah melemparkan kata-kata negatif bahawa anak bekas penagih dadah atau klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tidak akan berjaya baik dalam bidang pendidikan mahupun kehidupan.

Bahkan, lebih membukam jiwa apabila ada yang tegar menuduh anak mereka akan ikut jejak langkah ibu atau bapa terjerumus ke kancah penagihan dadah.

Ironinya, tidak semua individu sedemikian rupa, bahkan, ada yang lebih baik. Dr. Syar Meeze Mohd Rashid misalnya, adalah bukti anak bekas klien AADK mampu bangkit dan berjaya.

Lebih mengujakan banyak pihak khususnya AADK, beliau bukan sahaja berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pendidikan Khas, malah turut menerima Anugerah Emas Kedoktoran pada Majlis Konvokesyen ke-49 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) November 2021.

Ikuti perkongsian lanjut Dr. Syaz Meeze berbicara mengenai rahsia kejayaan bersama bapanya, Mohd Rashid Bani yang merupakan Mentor Kepulihan AADK dalam mendepani tohmahan masyarakat menerusi Bicara AADK yang dihoskan oleh Hakim Suhaimi.

Accessibility Toolbar