USAHA MEMBANTU RAKAN | Edisi 4 April 2022

Pepatah Melayu ada menyatakan buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali. Peribahasa ini menggambarkan tentang larangan untuk kita melakukan kejahatan dalam hidup kita. Sekali kita terjebak dalam perkara tidak berfaedah, berkemungkinan kita akan mengulangi perkara tersebut pada masa akan datang. Perbuatan tidak berfaedah yang dilakukan oleh rakan kita mungkin berpunca daripada beberapa faktor seperti kurang pengawasan ibu bapa, keruntuhan institusi keluarga, pengaruh rakan sebaya, pengaruh media masa dan sebagainya. Apakah usaha-usaha yang boleh kita lakukan untuk membantu rakan-rakan yang berterusan melakukan perkara tidak berfaedah ini?

Segmen Ask MrAADK bersama Pn Adzmiral binti Nawi, Penolong Pengarah Pencegahan, AADK Negeri Kelantan bagi menjawab persoalan yang sering ditanyakan oleh belia/ remaja dalam program Tomorrow Leaders; Saya pelajar kolej dan ada rakan sekelas saya terlibat dadah. Bagaimana saya nak mengelak diri dari terjebak dan bagaimana saya boleh bantu mereka keluar daripada masalah penyalahgunaan dadah? Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam usaha untuk membantu rakan agar tidak berterusan melakukan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah. Sikap hanya sekadar memerhati, melihat dan menjeling tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada diri kita dan juga rakan.

Jom kita sama-sama mengambil langkah awal sekiranya anda atau orang yang anda kenali menunjukkan perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Accessibility Toolbar