TIRAI SEMALAM: SALAH BERPAUT | Edisi 14 Julai 2022

Seorang anak gadis bernama Dewi meninggalkan keluarga untuk bertemu cinta hatinya Prakash di Kuala Lumpur yang menjanjikan peluang pekerjaan dan kehidupan mewah.

Ini disebabkan Dewi ingin hidup bebas ‘bukan duduk di bawah tempurung’.

Bagaimanapun, adakah kehidupan di bandar semudah disangka? Ketahui kisah selanjutnya dan info dadah, kesan pengambilan dan nasihat daripada pakar.

Tayangan Ekslusif daripada Arkib AADK sebuah naskah ulang siar Dokudrama ‘Tirai Semalam (2010)’ terbitan Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama Suhan Movies arahan Haris Kadir (FDAM). Dokudrama diterbitkan sebanyak 26 episod merupakan kisah fail AADK berkisarkan konflik keluarga, stigma masyarakat dan suka duka kehidupan mereka terlibat dan kesan penagihan dadah kepada keluarga dan masyarakat. Dokudrama tersebut telah ditayangkan di TV9 setiap Sabtu & Ahad (11.00 -11.30 pagi) pada tahun 2010.

Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Accessibility Toolbar