” TANGISAN HULU LANGAT “

Hujan lebat berterusan pada Jumaat lalu telah menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir kilat sehingga mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa.

Selain Lembah Klang dan Shah Alam, Hulu Langat antara daerah terjejas teruk dalam bencana banjir terburuk pada tahun ini.

Para penduduk menyifatkan keadaan di sana tidak ubah seperti dipukul tsunami.

Justeru, atas dasar tanggungjawab sosial Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menerusi Skuad Antidadah turun padang melaksanakan misi bantuan membersihkan rumah penduduk yang terjejas banjir di Hulu Langat, Selangor.

Ikuti paparan video AADK TV mengenai misi bantuan banjir oleh Skuad Antidadah AADK yang turut disertai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin.

#DadahTerkawal2025
#LebihBaikCegah
#TakPerluStimGuys
#KeluargaMalaysia
#KDN_TogetherWeAreOne
#DaruratBanjir

Accessibility Toolbar