SELAMI JIWA KAMI | Edisi 8 Januari 2022

Ridzuan (bukan nama sebenar) merupakan bekas klien AADK Daerah Kuantan yang kini kekal pulih daripada masalah penagihan dadah.

Tutur pemuda itu, kisahnya sama seperti kebanyakan bekas klien yang mana terjebak dadah dek terpengaruh ajakan rakan-rakan.

Pun begitu, selepas ditahan dan dijatuhi hukuman, dia tekad dan berazam untuk keluar daripada kepompong najis dadah.

Kini berkat dorongan dan sokongan ahli keluarga dan masyarakat, Ridzuan bukan sahaja pulih, bahkan berjaya memiliki perniagaan yang diusahakan bersama isteri.

Ikuti perkongsian lanjut Ridzuan bersama AADK Daerah Kuantan menerusi segmen Selami Jiwa Kami pada minggu ini.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar