SEGMEN SELAMI JIWA KAMI | PUSPEN MUAR | Edisi 10 Januari 2023

Izat (bukan nama sebenar) berusia 40 tahun dan mula terlibat dengan masalah penyalahgunaan dadah pada usia 20 tahun.

Pada ketika itu, beliau tidak sedar akan keburukan penyalahgunaan dadah dan hanya merasakan keseronokan sehinggalah beliau ditahan oleh AADK selepas memperoleh cahaya mata yang ketiga.

Manakala, perniagaan dan hubungan antara ahli keluarga semakin renggang dan hancur disebabkan kelekaannya.

Namun, keputusan mahkamah yang telah menempatkan dirinya di dalam PUSPEN Muar menjadi titik tolak kepada dirinya untuk mencari erti kehidupan yang sebenar.

Ikuti perkongsian lanjut Bersama Izat menerusi segmen Selami Jiwa Kami pada minggu ini.

#DadahTerkawal2025

#LebihBaikCegah

#TakPerluStimGuys

#KDN_TogetherWeAreOne

#SelamiJiwaKami

Accessibility Toolbar