SEGMEN SELAMI JIWA KAMI | Eidisi 13 Disember 2022

Zairul bin Zainal@Zack (bukan nama sebenar) berusia 29 tahun merupakan bekas klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Port Dickson yang telah ditahan kerana kesalahan dadah jenis syabu.

Mula mengenali dadah jenis syabu ketika berumur 27 tahun akibat dari faktor pengaruh kawan. Kesan dari ketagihan dadah itu, dia diberhentikan kerja.

Dia tidak pernah menjalani mana-mana program pemulihan sehinggalah dia ditahan dan menjalani pemulihan selama dua tahun dalam komuniti.

Alhamdulillah, dia berjaya bebas daripada permasalahan dadah dan kini mempunyai pekerjaan sebagai content creator. Sokongan keluarga dan masyarakat telah membuatkannya terus berjuang untuk kepulihan.

Ikuti perkongsian lanjut Zack bersama AADK Daerah Port Dickson menerusi segmen Selami Jiwa Kami pada minggu ini.

Jom ikuti AADK Daerah Port Dickson:

Facebook AADK Daerah Port Dickson https://www.facebook.com/aadkpdofficia

l Facebook AADK Malaysia: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/ Instagram : https://www.instagram.com/aadk.malaysia/ Twitter : http://twitter.com/AADKMalaysia #DadahTerkawal2025 #LebihBaikCegah #BandarPerlanconganBebasDadah #aadktv #aadkpd

Accessibility Toolbar