SEGMEN SELAMI JIWA KAMI | Edisi 7 November 2023

📕En. Sarifuddin merupakan bekas klien Rawatan dan Pemulihan Dalam Komuniti (RPDK) di AADK Daerah Raub. Sepertimana manusia lain yang tidak sempurna, pasti tak lari dari melakukan kesilapan dan kekhilafan dalam kehidupan. Beliau telah terlibat dengan penyalahgunaan dadah selama 16 tahun beliau juga pernah menjalani hukuman penjara dan menjalani rawatan dan pemulihan di PUSPEN.

📕Berkat sokongan dari keluarga serta iltizam dan semangat yang kuat akhirnya beliau berjaya untuk bebas keluar dari kancah penagihan dadah dan kini diberi peluang untuk berkhidmat bersama AADK Daerah Raub sebagai Personal MyStep Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Beliau juga diberi kepercayaan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) untuk menjawat jawatan Bilal di Masjid Tengku Abu Bakar, Raub.

📕Ikuti bingkisan pengalaman bersama AADK Daerah Raub menerusi segmen Selami Jiwa Kami pada minggu ini.

Accessibility Toolbar