SEGMEN SELAMI JIWA KAMI | Edisi 4 Januari 2024

📕 Encik Mohd Rusdi Redza bin Mat Rosli atau Cikgu Rusdi merupakan seorang Guru Kaunseling yang kini berkhidmat di PPDP NURUL SAADAH,PENDANG KEDAH. Beliau juga  merupakan individu yang pernah terlibat dengan dunia penagihan dadah lebih daripada 10 tahun. Kepulihan beliau pada hari ini diteruskan dengan berkat sokongan keluarga apabila beliau membuat keputusan untuk berhijrah dan memberi khidmat kaunseling dalam membantu sahabat-sahabat syurga untuk memperoleh dan mengekalkan kepulihan mereka. Beliau membangunkan beberapa Siri Program Kaunseling Interaktif bagi memberi ruang kepada para pelatih di PPDP NURUL SAADAH dalam mencari kekuatan pemulihan diri sepanjang rawatan mereka disana. Tambahan pula, beliau turut menjalankan beberapa bengkel khusus untuk komuniti luar termasuklah ibu bapa dan sekolah bagi memahami dunia penagihan yang sebenar. Berkat tunjuk ajar dari pengasas pusat, En Zulkifli bin Yob dan rakan-rakan AADK PENDANG telah membuatkan beliau pada hari ini lebih mudah didekati oleh masyarakat setempat.

📕Ikuti bingkisan pengalaman bersama AADK Daerah Pendang menerusi segmen Selami Jiwa Kami pada minggu ini.

Accessibility Toolbar