SEGMEN SELAMI JIWA KAMI | Edisi 31 Oktober 2023

๐Ÿ“• Awe Li, berumur 37 tahun merupakan seorang bekas klien yang telah tamat pengawasan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Cheras, Kuala Lumpur.

๐Ÿ“• Kisah penyalahgunaan beliau bermula daripada pergaulan rakan sebaya di tempat tinggal dan beliau mencuba menghisap rokok akibat terpengaruh dengan rakan-rakannya. Selepas itu, beliau telah berani untuk ponteng sekolah sebelum beliau terjebak dengan masalah penagihan ganja dan syabu. Beliau telah menagih dadah untuk tempoh masa yang panjang sebelum ditangkap pada tahun 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

๐Ÿ“• Atas usaha dan semangat untuk berubah, beliau kekal pulih semasa dan selepas menjalani Program Rawatan dan Pemulihan di Komuniti (RPDK). Beliau mengakui program-program dan aktiviti yang diatur oleh AADK banyak memberi input dan pengetahuan untuk beliau mengatasi masalah relapse dan kembali ke dalam masyarakat.

๐Ÿ“• Kini, beliau berkhidmat di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan mendapat sokongan dan galakan dari majikan. Beliau menghargai ruang dan peluang yang diberikan oleh majikan dan berjanji akan berkhidmat dengan sebaik mungkin. Berkat dari sokongan keluarga, majikan dan AADK Daerah Cheras, telah menaikkan lagi semangat beliau untuk berubah dan menyedari bahawa dirinya masih lagi disayangi dan diperlukan dalam komuniti.

๐Ÿ“•Ikuti bingkisan pengalaman bersama AADK Daerah Cheras menerusi segmen Selami Jiwa Kami pada minggu ini.

Accessibility Toolbar