SEGMEN SELAMI JIWA KAMI | Edisi 28 September 2023

๐Ÿ“• Zulkefli Md. Zain, berumur 56 tahun merupakan seorang bekas Klien yang telah tamat pengawasan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kuala Selangor.

๐Ÿ“• Kisah penyalahgunaan beliau bermula daripada pengambilan arak pada tahun 2004, sebelum beliau mengbabitkan diri dengan syabu. Akibat daripada itu, beliau telah kehilangan pekerjaan dan ditahan sehingga menyebabkan isteri beliau menangis.

๐Ÿ“• Berazam untuk berubah, beliau telah memulakan projek tanaman fertigasi cili di rumah bersama rakannya, beserta sokongan isteri yang merupakan seorang pegawai kimia. Projek ini akhirnya diketahui ramai setelah disahkan dan diiktiraf oleh FAMA sebagai projek fertigasi cili terbaik di dalam negeri Selangor.

๐Ÿ“• Zulkefli telah ditawarkan untuk bekerjasama dengan AADK untuk menyampaikan ilmu berkenaan tanaman fertigasi kepada para Klien yang lain. Berkat dari sokongan keluarga dan AADK Daerah Kuala Selangor menaikkan semangat beliau untuk berubah dan menyedari bahawa dirinya masih lagi disayangi dan berguna kepada masyarakat.

๐Ÿ“•Ikuti bingkisan pengalaman bersama AADK Daerah KUala Selangor menerusi segmen Selami Jiwa Kami pada minggu ini.

Accessibility Toolbar