SEGMEN SELAMI JIWA KAMI | Edisi 24 Oktober 2023

๐Ÿ“• Selami Jiwa Kami kali ini bersama Norrulnizam Kassim, seorang bekas penagih dadah yang berumur 42 tahun yang telah terlibat dalam penagihan dadah semenjak umur belasan tahun lagi.

๐Ÿ“• Pernah dipenjarakan sebanyak 6 kali namun tidak pernah insaf dan mempunyai perasaan ingin berubah sehinggalah mahkhamah menjatuhkan hukuman beliau dihantar ke Puspen dengkil dan disinilah detik perubahan bermula.

๐Ÿ“•Bebas dari pusat pemulihan narkotik dengkil dan memikirkan beliau yang semakin berumur namun belum berkahwin adalah titik permulaan untuk beliau berubah.

๐Ÿ“• Bermula dengan bekerja di sebuah pasaraya di Semenyih, beliau mengumpul duit dan mampu untuk membeli sebuah motorsikal. Mei 2022 beliau membeli sebuah kereta dan pada Jun 2022 beliau berkahwin dan kini beliau mempunyai seorang anak lelaki.

๐Ÿ“• Menjadikan anak beliau sebagai pembakar semangat dan sumber inspirasi, membuatkan beliau rajin bekerja dan akhirnya beliau dinaikkan pangkat menjadi supervisor dengan jumlah pendapatan beliau sehingga mencecah RM4000 sebulan.

๐Ÿ“• Dengarkan kisah perubahan dalam segmen selama jiwa kami bersama seorang insan terpilih yang mendapat rawatan pemilihan dalam komuniti Agensi Antidadah Kebangsaan daerah Hulu Langat

Accessibility Toolbar