đź“•Selami Jiwa Kami kali ini bersama Muhammad Shaifullah bin Shaimi, seorang bekas penagih dadah yang berumur 34 tahun yang telah terlibat dengan dadah semenjak umur belasan tahun lagi
đź“•Mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah atas faktor perasaan ingin mencuba,ajakan rakan-rakan dan mencari keseronokan
đź“•Pernah di jatuhi hukuman penjara sebanyak 2 kali, namun tidak pernah insaf dan perasan ingin berubah sehinggalah di tangkap oleh pihak Aadk dan mahkamah menjatuhkan hukuman pengawasan di aadk daerah selama 2 tahun
đź“•Semasa menjalani perintah pengawasan 2 tahun di aadk,menjadi titik permulaan beliau untuk berubah menjadi manusia yang lebih matang dan berguna,mendalami ilmu agama dan berhenti dari menggunakan dadah dalam kehidupan seharian
đź“•Menetap dan bekerja sebagai pemetik sawit di kampung halaman bagi mencari sumber rezeki untuk menyara kehidupan bersama ibu bapa dan seorang anak perempuan yang berusia 9 tahun
đź“•Telah bercerai dengan isteri,namun anak perempuan tunggal beliau yang berusia 9 tahun sentiasa menjadi penguat semangat utk kekal pulih dalam kepulihan dadah
đź“•Sentiasa bersyukur kerana pihak Aadk, masyarakat serta keluarga sentiasa membantu dan memberi peluang utk beliau berubah menjadi insan yang lebih berguna dan tidak terlibat lagi dengan penyalahgunaan dadah
đź“•Dengarkan kisah perubahan dalam segmen selami jiwa kami bersama seorang insan yang terpilih yang mendapat rawatan pemulihan dalam komuniti Agensi Antidadah Kebangsaan daerah Kuala Langat