SEGMEN SELAMI JIWA KAMI | Edisi 10 Mac 2023

🔎AZAM (bukan nama sebenar) berusia 43 tahun merupakan bekas klien kena pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Setiu yang telah ditahan dibawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah jenis Methamphetamine atau pil kuda

🔎Beliau mula mengenali dadah jenis Ganja pada usia 18 tahun akibat pengaruh kawan sebelum beralih kepada dadah jenis pil kuda.

🔎Ini tangkapan kali pertama beliau pada tahun 2019 dengan pihak berkuasa selama terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan keluarga tidak pernah tahu kegiatannya selama 25 tahun terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Beliau telah dijatuhkan hukuman menjalani rawatan pemulihan dalam komuniti selama 2 tahun.

🔎Alhamdulillah, berkat sokongan keluarga dan tekad yang kuat untuk berhenti, beliau telah mengikuti setiap rawatan pemulihan yang disediakan dengan disiplin yang tinggi dan telah berjaya keluar dari kepompong penyalahgunaan dadah dan kekal pulih sehingga hari ini.

🔎Ikuti bingkisan pengalaman Azam bersama AADK Daerah Setiu menerusi segmen Selami Jiwa Kami pada minggu ini.

#DadahTerkawal2025

#TakPerluStimGuys

#LebihBaikCegah

#KDN_TogetherWeAreOne

Accessibility Toolbar