SEGMEN SELAMI JIWA KAMI | 30 November 2023

Selami Jiwa Kami AADK Daerah Kemaman

📌Jimmy (bukan nama sebenar) berumur 33 tahun. telah terlibat dengan dadah ni sejak tahun 2018 dan mencuba semua jenis dadah termasuklah pil kuda dan syabu dan sebagainya. Kesan pada dirinya memang hidup tak tentreram, hidup huru hara, tidak terurus, kerja pun tak boleh bila mengambil benda ni.

📌Pada tahun 2020, Jimmy diperintahkan menjalani rawatan di Puspen Perlop dan disitu beliau banyak belajar tentang kemahiran, termasuklah terlibat dengan bengkel jahitan. Disana beliau menjalani step by step disana untuk menjalani rawatan dan pemulihan itu, banyak yang dilalui untuk menguatkan diri, mental dan fizikal.

📌Selepas keluar dari PUSPEN, Jimmy menjalani rawatan pemulihan dalam komuniti di AADK Daerah Kemaman selama dua tahun. Disitu lagi banyak beliau belajar, menimba ilmu tentang kepulihan ini dan sejak keluar sampai sekarang, Jimmy akui tak nak mengambil sebarang jenis dadah lagi.

📌Nasihat Jimmy kepada yang sedang mencuba atau mahu mencuba, tak perlu mencuba sebab kesannya sangat buruk dan dipandang hina oleh masyarakat. Jimmy berpesan kena pandai pilih kawan. Kita kena pandai pilih mana kawan dan mana lawan.Seterusnya, kalau kita tak boleh memilih kawan yang tepat, maka hidup kita akan rosaklah seperti saya sebelum ini, Pesan Jimmy.

Accessibility Toolbar