SEGMEN LEBIH BAIK CEGAH : TIPS C.E.G.A.H | Edisi 8 Disember 2022

Bukan mudah untuk mengatakan tidak atau berhenti apabila terlalu asyik dengan game online atau permainan video. Keseronokan yang dinikmati dan mengejar matlamat dalam permainan yang belum sampai membuatkan kita tidak sedar masa berlalu. Akhirnya perkara yang perlu diselesaikan dan menjadi kewajipan ketika itu terbengkalai. Bagi adik-adik pula jika bermain di hari persekolahan akan menyebabkan mereka sukar untuk bangun tidur keesokan harinya. Ini membuatkan mereka lewat ke sekolah ataupun tidak hadir ke sekolah langsung.

Kali ini Segmen Lebih Baik Cegah bersama Streamer Agusrianzz yang berpesan bagaimana setiap hobi yang kita pilih itu memberi faedah jika kita sentiasa amalkan disiplin yang baik. Beliau juga berkongsi tentang Tips CEGAH dalam memastikan diri tidak berisiko dengan penyalahgunaan dadah. Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Accessibility Toolbar