SEGMEN LEBIH BAIK CEGAH: ADIWIRA PENEGAK KEAMANAN | Edisi 16 Disember 2022

AADiK menjadi ‘Adiwira Penegak Keamanan’ melawan musuh dan menewaskan Bong dan Geng Chikadun yang cuba melakukan merosakkan manusia. AADiK beraksi dengan kuasa deria untuk berlawan. Bagaimana AADiK beraksi menewaskan Bong dan Geng Chikadun? Walaupun ia hanya fantasi melalui kisah ini ibu bapa dapat bercerita pada anak-anak tetang bahaya dadah dan kesannya pada diri, keluarga dan masyarakat. Ingatkan!! Kejayaan akan dikecapi bila kita menjadi ADIWIRA dan peka menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, hidu dan rasa dalam membuat pilihan dan keputusan. #lebihbaikcegah

Jom saksikan Kisah AADiK dan Kadir Epidod 5 dalam Segmen Lebih Baik Cegah bagi mendapat mesej santai melalui video animasi karikatur Ujang berkisar tajuk Adiwira Penegak Keamanan. Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 1-800-22-AADK atau 019-626 2233.

Accessibility Toolbar