PUSPEN BANTU JADI DIRI LEBIH BAIK I Edisi 1 Februari 2022

Dia mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah jenis ganja, alkohol, pelbagai jenis pil dan seterusnya heroin seawal usia belasan tahun.

Meskipun pernah dimasukkan ke Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) dan penjara untuk menjalani rawatan dan pemulihan, namun kembali semula ke kancah penagihan.

Pun begitu, berbekalkan ilmu diperoleh sepanjang menjalani rawatan dan pemulihan di PUSPEN Jeli, Kelantan akhirnya dia nekad untuk melakukan perubahan dalam kehidupan.

Kini dia telah pulih sepenuhnya dan bertugas sebagai PRS (Pembimbing Rakan Sebaya) di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Setar & Pokok Sena.

Ikuti luahan jejaka berusia 43 tahun itu bersama AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena menerusi segmen Selami Jiwa Kami pada minggu ini.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar