PENGAMAL MEDIA RASAI PENGALAMAN NAIKI ATV BERKONSEPKAN KEPULIHAN SEPANJANG HAYAT

Seramai 12 orang pengamal media daripada pelbagai agensi termasuk Berita Harian, Kosmo!, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Penerangan Malaysia Selangor (JaPen), Utusan Malaysia dan Berita Harian berpeluang merasai pengalaman menaiki kenderaan jenis All Terrain Vehicle (ATV) di Sepang Eco-Challenge and Outdoor Recovery Park (i-SCORE) di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Sepang, pada Selasa.

Kesemua mereka berjaya mengharungi pelbagai cabaran di laluan sepanjang kira-kira 3.5 kilometer di sekitar kawasan PUSPEN dengan mengetengahkan konsep perjalanan kepulihan sepanjang hayat.

Terdahulu semua peserta diberi taklimat pelaksanaan program i-SCORE daripada Pengarah PUSPEN Sepang, Nik Muhammad Nik Dir.

Semua peserta juga diberi peluang untuk merasai pengalaman yang menarik menggunakan ATV dengan semua laluan mencabar sepanjang hampir satu setengah jam bagi menyelesaikan setiap pusingan sehingga tamat.

Kesemua peserta sangat teruja dengan aktiviti yang menarik ini malahan menganggap program yang dilaksanakan ini amat sesuai dalam membantu kepulihan klien sama ada klien dalam komuniti atau klien dalam institusi.

Inisiatif ini diadakan bagi memberi peluang kepada klien dan keluarga ketika sesi lawatan untuk mewujudkan โ€˜family bondingโ€™ sebagai kumpulan sokongan utama kepada kepulihan klien.

Selain itu, i-SCORE juga di buka kepada orang ramai untuk merasai pengalaman sukan lasak itu yang berkonsepkan perjalanan kepulihan sepanjang hayat.

#DadahTerkawal2025 #LebihBaikCegah #MalaysiaMADANI #TakPerluStimGuys #KDN_TogetherWeAreOne

Accessibility Toolbar