MENGAPA PENAGIH DADAH SUKAR BERHENTI MENAGIH? I Edisi 23 Januari 2022

Siri Ask MrAADK yang lepas, Dr Nazira telah mengupas isu penagihan dadah, perubahan struktur otak dan penyakit yang berpanjangan dan berulang. Sebab itu mereka terlibat dalam penyalahgunaan dadah sukar untuk berhenti tetapi ia boleh dipulihkan dan dirawat. Individu yang terlibat dalam penagihan dadah ini boleh dipulihkan dan mampu berhenti menggunakan dadah. Jadi lebih baik cegah kerana percubaan boleh membawa kepada penyalahgunaan yang mungkin melibatkan risiko ketagihan. Sekiranya ada merasakan anda mengalami ketagihan dadah, dapatkan pertolongan. Lebih awal anda mendapatkan bantuan, lebih baik untuk keadaan anda.

Segmen Ask MrAADK sekali lagi membawakan Dr. Nazira binti Sadiron, Ketua Penolong Pengarah Pemulihan Dalam Komuniti, Bahagian Rawatan, Perubatan dan Pemulihan yang menjawab soalan yang sering diajukan orang awam di media sosial AADK iaitu Mengapa penagih dadah sukar untuk berhenti menagih?

Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar