LEBIH BAIK CEGAH | TIRAI SEMALAM : SAKSI IBU | Edisi 2 Febuari 2023

📚Azizah seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan dan mempunyai seorang anak remaja bernama Syamsul. Sebagai anak remaja Syamsul banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan kerana dia merasakan ibunya sangat sibuk dan tidak lagi memberi tumpuan kepada dirinya. Azizah risau dengan pergaulan Syamsul dan mensyaki anaknya sudah pandai merokok. Dia tidak mahu anaknya mengikut jejak bekas suaminya seorang perokok dan penagih ganja Apakah kesudahan kisah keluarga ini? Ketahui kisah selanjutnya serta info dadah, kesan pengambilannya dan nasihat dari pakar.

📚Tayangan Ekslusif dari Arkib AADK sebuah naskah ulang siar Dokudrama ‘Tirai Semalam (2010)’ terbitan Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama Suhan Movies arahan Haris Kadir (FDAM). Dokudrama diterbitkan sebanyak 26 episod, kisah dari fail AADK yang berkisarkan konflik keluarga, stigma masyarakat, suka duka kehidupan mereka yang terlibat dengan penagihan dadah dan kesan penagihan dadah kepada keluarga dan masyarakat. Dokudrama ini telah ditayangkan di TV9 setiap Sabtu & Ahad (11.00 -11.30 pagi) pada tahun 2010.

📚Sekiranya anda atau orang yang anda kenali mengalami perubahan tingkah laku, pergaulan sosial dan perubahan yang lain dari kebiasaan, dapatkan bantuan dan khidmat nasihat, bimbingan kaunseling daripada agensi kerajaan/ badan bukan kerajaan (NGO) melalui talian hotline AADK 03-8911 2233 atau Talian Bebas Tol 1-800-22-2235.

Accessibility Toolbar