LEBIH BAIK CEGAH l Edisi 30 Disember 2021

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Kerana selepas berlaku sesuatu baru kita akan menyesal. Ingatlah ‘Lebih Baik Cegah’ langkah terbaik bermula daripada rumah. Masa tidak boleh diputar untuk membetulkan apa jua keadaan yang berlalu.

Segmen Lebih Baik Cegah kali ini memaparkan video berjudul Hilang karya Muhammad Amin Bin Dewan, Peserta Pertandingan Video Pendek Antidadah 2021. Video ini menceritakan kisah tentang seorang anak yang terlibat dalam penyalahguna dadah semasa remaja. Dia mempunyai seorang ayah dan abang. Disebabkan dadah, dia telah mencuri dan meragut untuk membeli dadah. Sehinggalah dia telah ditangkap atas kesalahan mengedar dadah dan dikenakan hukuman penjara tanpa siapa mengetahuinya. Setelah 5 tahun, dia pulang ke rumah dan dia ingin memohon maaf kepada ayahnya. Namun berlaku sebaliknya, dia telah hilang benda yang paling bernilai di dunia ini.

Secebis kisah yang mungkin berlaku di persekitaran kita dan moga kisah ini memberi pengajaran buat kita semua.

Jom ikuti AADK:
Instagram: https://www.instagram.com/aadk.malaysia/
Facebook: https://www.facebook.com/aadkmalaysia/
Twitter: https://twitter.com/AADKMalaysia

Accessibility Toolbar