LEBIH BAIK CEGAH | Edisi 26 Januari 2024

TAJUK : SEGMEN LEBIH BAIK CEGAH : TEKANAN BUKAN ALASAN

๐Ÿ“š Hidup di kampus pastinya banyak cabaran terutamanya untuk lulus dalam peperiksaan. Begitu juga kisah Amir pelajar di IPT. Setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan Amir akan risau dan tertekan kerana takut menghampakan harapan keluarganya untuk berjaya. Dia lah satu-satunya harapan keluarga dan ayahnya juga amat tegas dalam bab pencapaian akademik. Kali ini Amir lulus tapi ia kecewa kerana tidak mendapat markah seperti yang diinginkan. Luqman rakan sebiliknya perasan keadaan Amir setiap kali keputusan peperiksaan keluar. Luqman menenangkan Amir supaya gembira dengan keputusan bukannya tertekan. Luqman juga menawarkan solusi kepada Amir supaya dapat menghilangkan tekanan. Apakah solusi itu dan adakah ia menjadikan Amir tenang?

๐Ÿ“š Jom ikuti kisah kali ini yang bertajuk โ€œTekanan Bukan Alasanโ€ dalam Drama Tirai Semalam. Tayangan Ekslusif dari Arkib AADK sebuah naskah ulang siar Dokudrama ‘Tirai Semalam (2010)’ terbitan Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama Suhan Movies arahan Haris Kadir (FDAM). Dokudrama diterbitkan sebanyak 26 episod, kisah dari fail AADK. Dokudrama ini telah ditayangkan di TV9 pada tahun 2010

๐Ÿ“š Hubungi talian hotline AADK :Talian Bebas Tol 1-800-22-2235 / 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan

#DadahTerkawal2025 #LebihBaikCegah #TakPerluStimGuys #KeluargaMadani #KitaDemiNegara

Accessibility Toolbar